Thursday, May 10, 2012

BAB 4


BAB 4
 “Fia, assignment kau semalam dah siap tak?” soal Rita setelah Sofia selesai berbual di telefon.
          “Dah. Kan nanti perlu hantar. Kau yang kumpul kan? Nanti aku bagi kat kau dalam bilik ye.”
          “Baguslah camtu. Risau pulak tengok kau buat kerja malam tadi. Kot-kot tak siap.”
“Isk..takkanlah.. gerenti beres!” ujar Sofia sambil mengangkat ibu jarinya. Rita hanya menggeleng kepala dan ketawa melihat gelagat sahabatnya yang seorang itu. Sofia memang seorang yang ceria dan...setia. Mana tak nya..bukan tiada pelajar lelaki lain yang cuba merisik khabar daripadanya tentang Sofia namun kasihnya terhadap Imran memang tidak pernah goyah. Bila diberitahu kepada Sofia, Sofia cuma senyum dan menyanyi “senyum...tak perlu kata apa-apa..” Rita yang geram akan mencubit pipi gebu Sofia seperti mana yang sering dilakukan oleh Zarifa.
Rita memang tahu segala hal berkaitan Sofia. Dia tahu betapa akrabnya hubungan Sofia dengan Zarifa. Terselit juga rasa cemburu mendengar cerita-ceirta mereka waktu sekolah namun bila difikirkan tak patut pulak. Memang lah tak patut cik Rita oi.. ada pulak kawan pun nak cemburu. Boyfriend lain lah.. eh, ada boyfriend ke Rita?
Papp!!
Rita berasakan bahunya sakit dan apabila dia menoleh Sofia sedang melihatnya sambil tersengih-sengih. Sekilas Rita terpandang fail di tangan Sofia. Tahulah dia Sofia telah memukul bahunya menggunakan fail merah di tangan Sofia itu. Rita bingkas bangun dan mengambil semua barangnya dan mengejar Sofia. Sofia yang menyedarinya terus sahaja membuka langkah sambil terkekeh-kekeh ketawa.
Nasib baik waktu itu tidak ada orang di kafe. Kalau tidak pasti malu melihat perangai dua orang gadis itu. Dah berumur 20 lebih masih lagi macam budak-budak. Alahai..apa nak jadi lah dengan budak dua orang ni.
“Rita, kau nak makan apa?” soal Sofia sambil mencapai bekas polisterin dan menghulurkan satu lagi kepada Rita. Sofia yang kepenatan mengalah daripada terus dikejar oleh Rita dan menuju ke meja makanan untuk memilih makanan tengah hari mereka. Di sini, sistem yang disediakan di kafe bersifat buffet dan makanan diambil mengikut pilihan masing-masing dalam kuantiti yang diingini.
“Kau tak nak makan kat sini ke Fia?” soal Rita sambil menyambut bekas polisterin daripada tangan Sofia.
“Malas lah Rita... nak rehat dulu baru makan. Belum lapar lagi.” Ujar Sofia sambil menyenduk lauk ke dalam polisterinnya. Rita hanya mengangguk dan memilih lauk untuknya.
Selesai membayar makanan mereka, Rita dan Sofia berjalan balik ke bilik mereka. Mereka hanya diam sepanjang perjalanan. Diam Sofia kerana tiada apa yang hendak dibualkan. Tetapi diam Rita bersebab. Dia sedang memikirkan tentang sesuatu. Sesuatu yang telah disebut oleh Sofia. Bukan sengaja mencuri dengar, tetapi terdengar. Ya.. terdengar bukan lah sesuatu yang salah bukan. Rita cuba menyedapkan hatinya sendiri.
“Fia..” Rita memanggil nama Sofia sambil memulas tombol pintu bilik mereka.
“Aa..” Sofia meletakkan kasut kuliahnya di rak kasut dan masuk ke bilik dengan menjinjit beg plastik berisi bekas makanan mereka berdua.
“Tadi aku dengar kau cerita pasal kawan kau Ifa kan..” Rita memulakan bicara dan menutup pintu. Sofia yang sedang mengeluarkan bekas makanan mereka terhenti sebentar dan memandang Rita.
“Curi dengar eh..” Sofia senyum dan menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
“Eh..tekde lah.. ter..... hehe..” jawab Rita dengan hanya menyebut ‘ter’ untuk terdengar untuk menunjukkan perbuatannya itu tidak disengajakan. Rita kemudiannya tersengih dan duduk berhadapan dengan Sofia.
“Banyak lah ter engkau.. kalau dah dengar tu takde dah istilah ter nya.. kenapa kau tanya?” Sofia meletakkan bekas makanan Rita di hadapan Rita dan membuka bekas makanannya.
“Kawan kau kena pecat ke?”
“Takde lah.. bos tempat Ifa kerja tu nak pindah ke KL. Tu yang terpaksa tutup butik kat Miri. Jadi Ifa kena lah cari kerja baru.” Sofia menjawab dan menyuap makanan ke dalam mulutnya.
“Err.. aku dengar kau suruh boyfriend kau Imran tolong carikan kerja untuk Ifa.” Teragak-agak Rita menuturkan ayat tersebut. Risau Sofia menganggapnya busy body pulak.
“Ai..tadi kata ter.. haha..” sakat Sofia dan ketawa.
“Hish!” Rita memukul bahu Sofia kerana geram dipermainkan.
“Haha..ok.. ok. Aa..a.. aku suruh Imran tolong tanya kan kalau-kalau ada kosong kat tempat kerja Imran.. kot-kot tuah Ifa.. boleh jadi spy aku..kekeke....” ujar Sofia sambil tersengih.
“Bagus spy... jangan bye bye..”
“Maksudnye tu?..” soal Sofia kehairanan.
“Mane tau.. Dua di sana, kau sorang kat sini.. Kau jauh, mereka dekat..” ujar Rita meluahkan kebimbangannya.
“Ish kau ni Rita... Takde lah. Tak mungkin ok..” balas Sofia dengan yakin smabil mengunyah nasinya. Ketika menyebut ok sebutir nasi terkeluar terpelanting dari mulutnya dan mengenai tangan Rita.
“Woi! Pengotor lah kau ni..!” Rita memukul sekali lagi lengan Sofia.
“Sakitlah.. lebam tangan aku kau asyik pukul dari tadi. Aku repot polis kang..”
“Makan tu bersopan lah sikit..” Rita masih ingin membidas.
“Siapa suruh ajak aku berbual masa makan..” jawab Sofia selamba sambil tergelak-gelak.
“Hish minah ni..” Rita malas hendak melayan lagi dan makan makanannya tanpa bercakap apa-apa lagi.

No comments: