Thursday, May 10, 2012

BAB 5


BAB 5
“Hm... nak buat apa ye..” Sofia berbisik dengan dirinya sendiri sambil memandang kipas di siling bilik asramanya. Setelah beberapa ketika dalam keadaan begitu, Sofia kemudiannya mencapai telefon bimbitnya.
“Hello Ifa! Kau buat apa tu?” Sofia terus bertanya sebaik mendengar suara Zarifa.
“Yer cikgu Sofia Aina.. Hello.. Tak sempat kita nak menjawabnya dah diserang dengan soalan ya..” Zarifa mengambil kesempatan untuk menyindir Sofia. Tetapi hanya dengan niat untuk bergurau. Rasanya telah 2 minggu mereka tidak berhubung sejak kali terakhir mereka berbual di telefon.
“Aku kat ruang tamu ni. Tengah tengok tv.”
“Tengok tv buat ape? Bukannya seronok pun. Pandang lama-lama rasanya tak juga tv tu jadi orang kan..”
“Amboi..loyar buruk kau ye.. Mentang-mentang cikgu, semua mesti guna ayat yang betul ke, oh cikgu Sofia? Okey okey.. Saya sedang menonton televisyen, cikguu...” Zarifa menghabiskan ayatnya dengan menyebut cikgu secara berirama seperti murid-murid di sekolah rendah. Sofia yang mendengarnya terus meledak ketawanya dan Zarifa yang tidak dapat menahan geli hatinya juga turut ketawa bersama.
“Kau ni ada bakat jadi budak sekolah rendah lah Ifa.. Nak ambik tuisyen dengan aku tak?”
“Ye lah tu..” Zarifa sempat mendengar  Sofia mengekek ketawa.
“Hehe.. Jangan lah serius sangat Ifa. Ni Fia nak tanya. Ifa buat apa sekarang?”
“Duduk-duduk kat rumah tolong mak. Dah seminggu aku berhenti kat butik tu.”
“Tak cari kerja?”
“Nanti lah. Rancangnya minggu depan. Kau dah tanya Im, Fia?”
“Dah. Tunggu je lah kalau ada nanti aku bagitau kat kau okey. Tadi aku boring giler tu yang terfikir nak tanya khabar kau.”
“Boring giler baru nak cari. Tak giler tak cari lah tu..”
“Hehe...” Sofia hanya mampu tersengih dengan penyataan Zarifa.
“Tersengih-sengih....” Zarifa sempat mengenakan Sofia.
“Eh? Kau boleh nampak ke Ifa? Dahsyat lah kau ni.. haha!”
“Sejak jadi penganggur aku memang dahsyat.. Sebab tu kau kena tolong carikan aku kerja cepat. Kalau tak balik cuti nanti aku minta kau belanja aku makan.”
“Ee..mana boleh. Belum kerja lagi la. Makan maggi boleh? Hehe..”
“Makan maggi tak perlu minta belanja. Yang tu aku boleh dapat kat dapur rumah aku..”
“Ye lah ye lah.. nantilah aku tanyakan Im ada tak kerja kosong kat tempat kerja Im. Tapi nanti dah dapat belanja tau!”
“Boleh.. kita makan special nak?” Zarifa tersenyum-senyum menahan tawa ketika menuturkan ayat tersebut.
“Nak! Nak! Makan apa?”
“Mi Sedap! Hahaha....!”
“Ceh..kurang asam betul.. kedekut!” Sofia geram kerana berjaya dikenakan oleh Zarifa.
At least mi aku sedap.. hahaha!” Akhirnya Sofia juga turut ketawa mendengar jawapan Zarifa.
“Okey lah Ifa.. lain kali aku call kau lagi. Lepas ni nak call Imran pulak. Aku pun dah lama tak berbual dengan Im. Nanti ada apa-apa berita aku bagitau kau okey?”
“Okey.. Kirim salam aku kat Imran yer.. Pesan carikan aku kerja cepat.. hehe..”
“Ye lah.. Bye.. sampaikan salam aku kat ibu kau.”
“Okey bye!”
Sofia merenung telefon bimbit di tangannya setelah menamatkan talian sebentar tadi. Sofia bercakap-cakap dalam mindanya sendiri. Kesian Ifa.. siapa nak bantu beri belanja sekolah adiknya, Amiza? Ibunya, Mak Eton mesti mengharapkan Zarifa untuk membeli keperluan rumah kerana setahunya Mak Eton tidak lagi membuka gerai kuihnya sejak beberapa bulan yang lalu kerana tidak lagi kuat seperti dulu. Jika diharapkan abang Zarifa pula memang payah. Dapat gaji dihabiskan bersama kawan-kawan. Baliknya pula jarang kerana sering tidur di rumah kawan-kawannya.



No comments: